Categories
NASIONAL

639 rakyat Gaza jadi korban kezaliman Israel

GAZA, 24 JULAI: Angka korban rakyat Palestin terus meningkat kepada 639 orang ekoran serangan keganasan Zionis yang kini masuk hari ke-17.

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan angka korban itu meningkat akibat serangan tentera Israel ke atas Gaza dengan 4040 yang lain cedera dalam serangan terbaru, semalam.

Mereka memaklumkan daripada jumlah itu, sebahagiannya iaitu sekurang-kurangnya 162 orang adalah kanak-kanak dan 78 lagi wanita.

gaza-photoTentera Zionis Israel memulakan serangan ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu meliputi serangan udara dan laut, manakala serangan darat secara besar-besaran dimulakan, pada 17 Julai lalu.

Sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam turut membuat serangan balas sebagai mempertahankan tanah Gaza.

Pihak tentera rejim Israel sehingga kini mengumumkan lebih 30 askar mereka terkorban sejak serangan dimulakan.

Difahamkan, angka kematian askar Israel semakin meningkat selepas Operasi Perlindungan Sempadan diperluaskan, pada 18 Julai lalu.

gaza1Sebelum ini, Israel bertindak menyembunyikan jumlah sebenar anggota yang terbunuh kononnya kerana mahu mengaburi mata masyarakat dunia sedangkan hakikat sebenarnya mereka amat menggeruni al-Qassam.

Setakat ini, dua pihak iaitu Israel dan Hamas masih belum bersedia menamatkan pertempuran walaupun usaha diplomatik dijalankan bagi mencapai persetujuan gencatan senjata.

Selain itu, Israel berterusan bertindak kejam dengan membedil sekolah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) yang menjadi pusat penempatan sementara penduduk Palestin.

Jurucakap agensi itu memberitahu bedilan terbabit menyebabkan sebahagian besar struktur sekolah di al-Maghazi musnah.

gaza1Pada masa ini, lebih 100,000 penduduk Palestin ditempatkan di 69 sekolah di bawah agensi itu ekoran konflik semakin meningkat di wilayah berkenaan.

Sementara itu, jurucakap pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke memaklumkan kanak-kanak di Gaza kini memerlukan rawatan pakar psikologi akibat kesan trauma daripada kemelut berkenaan.

Katanya, laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 107,000 kanak-kanak di wilayah itu memerlukan sokongan psikososial yang dipetik dari Press TV.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.