Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 113 asnaf terima sumbangan zakat Badan Kebajikan Islam Telekom

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JULAI: Seramai 113 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan zakat daripada Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Changkat, di Dewan Orang Ramai Kampung Changkat, Gombak, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan.

DSC_0126Program sumbangan yang diadakan sejak lima tahun lalu adalah tanggungjawab sosial korporat BAKIT setiap tiba bulan Ramadan yang bertujuan meringankan beban golongan terbabit.

Hasbullah berkata, sumbangan berbentuk pelbagai barangan keperluan asas dan wang tunai itu diharap dapat meringankan beban penerima sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Golongan kurang berkemampuan yang menerima sumbangan terdiri daripada pelbagai asnaf di sekitar kawasan Kampung Changkat yang sangat memerlukan bantuan khususnya daripada badan korporat.

“Saya juga berharap penerima sumbangan supaya sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.

Sementara itu, Yang di Pertua BAKIT, Hussan Unir, berkata duit zakat yang diperoleh adalah daripada keuntungan pengguna perkhidmatan Telekom.

DSC_0063“Bagi kelangsungan keuntungan, saya berharap kepada semua supaya terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abd Latif; Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin; Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia, Ramli Talib dan Nazir Masjid As-Syakirin, Dr Saupi Man.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.