Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Kumpulan Perangsang & Gombak Setia edar 2,500 bubur lambuk

GOMBAK, 21 JULAI: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bersama ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan Ketua-ketua Kampung Dun Gombak Setia mengadakan edaran bubur lambuk kepada Bazar Ramadhan Batu 8, Balai Polis Gombak, Perkampungan Orang Asal Gombak, penduduk, surau, masjid sekitar Dun Gombak Setia.

Sebanyak 2, 500 bekas bubur lambuk diedarkan untuk berkongsi keuntungan syarikat, di samping beramah mesra dengan masyarakat khususnya yang beragama Islam dalam menjalani ibadat puasa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAKetua Pegawai Eksekutif Bahagian Agama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Ustaz Zaharudin Muhamad berkata, program itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Program ini adalah program merapatkan ukhwah antara masyarakat melalui kampung-kampung dan memperkenalkan syarikat Kerajaan Negeri kepada masyarakat melalui CSR” kata beliau semasa Program Gotong Royong Memasak dan Edaran Bubur Lambuk dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Perangsang semalam.

Program yang diadakan di Dataran Sg. Chincin Gombak berjaya mengumpulkan tujuh buah kampung untuk sama-sama bergotong royong menyediakan tujuh buah kawah bubur lambuk.

Tujuh kampung tradisi yang terlibat, Kampung Changkat, Kampung Kerdas, Kampung Simpang 3, Kampung Sg. Chincnin, Kampung Sg. Pusu, Kg. Tengah dan Kampung Gombak Utara. Tidak melepaskan peluang, anggota Balai Polis Gombak untuk turut serta dalam program.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berterima kasih kepada Kumpulan Perangsang Selangor yang sudi untuk memilih Gombak Setia sebagai tempat mengadakan program bubur lambuk dan inilah kami pertama berjaya mengumpulkan 7 buah kampung tradisi untuk sama-sama bergotong royong.

Pada petangnya, turut disampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri seramai 200 orang penerima asnaf dan orang tidak berkemampuan sekitar DUN Gombak Setia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.