Categories
SELANGOR

Faekah: Shamsul langkau arahan Ketua Umum PKR

SHAH ALAM 2 JULAI: Saranan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan Menteri Besar adalah tindakan melangkaui arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin, berkata Anwar meminta pemimpin parti berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan jawatan Menteri Besar.

faekah purple wacana sinar red 01Kata Faekah, Anwar mengeluarkan arahan itu sebaik Shamsul mendakwa wujudnya kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

“Selain singgungan dibuat Ketua Umum sebaik dakwaan itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad membuat kenyataan balas kepada Shamsul dengan kiasan PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam PR membuat keputusan bagi pihak parti itu,” kata Faekah dalam satu kenyataan media.

Faekah berkata, kenyataan dikeluarkan Shamsul itu mencarik kesepakatan PR dan merosakkan imej PKR.

Katanya, jika hujah Shamsul bahawa Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral melepaskan jawatan, beliau mempersoalkan pula halnya dengan Dr Daroyah Alwi.

“Bukankah beliau (Dr Daroyah) kalah pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah Dr Daroyah perlu melepaskan jawatan Exco KerajaanSelangor hanya disebabkan kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?,” soal Faekah.

Faekah berkata, Shamsul sebagai peguam sepatutnya sedia maklum legitimasi diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar.

“Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden PKR sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang?

“Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang,” katanya.

Faekah menyeru Shamsul muhasabah diri berkenaan prestasinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor.

“Laporan kerja tidak pernah diterima pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti Menteri Besar yang terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.