Categories
SELANGOR

Faekah minta penjelasan peruntukan SMUE kawasan bekas MB dibeku tapi dinafi Exco

SHAH ALAM: Pentadbiran baharu Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan mengenai dakwaan pembekuan peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) terhadap kawasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, berkata ia membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada kenyataan media malam ini, beliau mendakwa arahan itu didakwa dibuat Bendahari Negeri Selangor pada 25 September lalu, dua hari selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.

“Amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Ternyata segala jasa Abdul Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam,” katanya.

Faekah percaya pimpinan negeri lain tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana ia boleh membangkitkan kebencian berterusan terhadap Pakatan Rakyat.

Beliau juga menuduh Datuk Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali memulakan langkah sumbang dan menghancurkan hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.

“Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Abdul Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi,” katanya.

Bagaimanapun, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata hal itu tidak dibincang dalam mesyuarat exco yang pertama kali berlangsung hari ini.

“Tiada maklumat tentang perkara itu. Perkara itu juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat Exco,” kata ketika dihubungi Selangor Kini.

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

MBI kaji semula keanggotaan ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan melakukan kajian dan meneliti pencapaian anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan itu dengan tujuan membuat penambahbaikan.

Ini termasuk mengkaji semula kedudukan Pengerusi Syarikat dan Ahli –ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi di semua anak syarikat milik penuh kerajaan Selangor yang diletakkan di bawah MBI.

MBITumpuan khusus akan dilakukan ke atas keanggotaan Ahli-ahli Lembaga Pengarah. Tugasan ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad ( PNSB).

Langkah ini bagi memastikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang dilantik itu terdiri daripada profesional berkelayakan serta berpengalaman yang berupaya membawa anak-anak syarikat yang terlibat dan MBI ke tahap yang lebih tinggi dan yang lebih penting lagi mampu membawa polisi dan aspirasi Kerajaan Negeri.

Ia juga bertujuan memperkasa peranan dan fungsi Ahli-Ahli Lembaga Pengarah menerusi suntikan idea yang boleh merangsang perkembangan syarikat sekaligus membawa manfaat kepada negeri dan rakyat Selangor.

Tindakan MBI ini selari dengan prinsip pentadbiran telus dan bertanggungjawab yang diamalkan Kerajaan Selangor semenjak 2008 yang telah memperlihatkan Kerajaan Negeri berupaya meningkatkan tahap kecekapan dalam aspek perbelanjaan dan pengurusan.

MBI turut mempraktikan prinsip pentadbiran ini dan berazam untuk menjadikan semua anak syarikat di bawahnya lebih mantap, efisien dan berkeupayaan untuk bersaing dengan syarikat-syarikat swasta untuk memperoleh keuntungan yang mana keuntungan ini dikembalikan semula kepada rakyat Selangor.

Sasaran ini akan mudah dicapai jika Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat ini dilantik dari kalangan profesional dan berkelayakan yang mampu memberi nilai tambah kepada anak-anak syarikat yang terlibat.

Terdapat 12 anak syarikat MBI iaitu KSSB, PNSB, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSSB), Tourism Selangor Sdn Bhd, Rantaian Mesra Sdn Bhd, Majlis Sukan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad dan Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor.

 

FAEKAH HUSIN
KETUA PENGAWAI EKSEKUTIF
MENTERI BESAR SELANGOR (PEMERBADANAN) (MBI)

Categories
SELANGOR

Faekah: Shamsul langkau arahan Ketua Umum PKR

SHAH ALAM 2 JULAI: Saranan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan Menteri Besar adalah tindakan melangkaui arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin, berkata Anwar meminta pemimpin parti berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan jawatan Menteri Besar.

faekah purple wacana sinar red 01Kata Faekah, Anwar mengeluarkan arahan itu sebaik Shamsul mendakwa wujudnya kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

“Selain singgungan dibuat Ketua Umum sebaik dakwaan itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad membuat kenyataan balas kepada Shamsul dengan kiasan PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam PR membuat keputusan bagi pihak parti itu,” kata Faekah dalam satu kenyataan media.

Faekah berkata, kenyataan dikeluarkan Shamsul itu mencarik kesepakatan PR dan merosakkan imej PKR.

Katanya, jika hujah Shamsul bahawa Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral melepaskan jawatan, beliau mempersoalkan pula halnya dengan Dr Daroyah Alwi.

“Bukankah beliau (Dr Daroyah) kalah pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah Dr Daroyah perlu melepaskan jawatan Exco KerajaanSelangor hanya disebabkan kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?,” soal Faekah.

Faekah berkata, Shamsul sebagai peguam sepatutnya sedia maklum legitimasi diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar.

“Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden PKR sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang?

“Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang,” katanya.

Faekah menyeru Shamsul muhasabah diri berkenaan prestasinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor.

“Laporan kerja tidak pernah diterima pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti Menteri Besar yang terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Faekah : Dr Khir, Jangan Hina Penjawat Awam Lagi

SHAH ALAM, 17 JUN : Pemberian projek di bawah peruntukan Geran Selangorku tidak ditentukan Menteri Besar, sebaliknya diluluskan oleh jawatankuasa yang dianggotai pegawai tinggi kerajaan. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, Geran Selangorku diurus secara telus dan teratur, sekali gus menutup ruang mana-mana pihak mengaut keuntungan atas angin sebagai orang tengah.

Jelasnya, setiap projek diberikan secara terus kepada kontraktor tanpa perlu ada pelobi. Tidak seperti era pemerintahan kerajaan Umno-BN yang hanya menyerahkan kontrak kepada kroni dan kaum keluarga sahaja.

“Dakwaan Dr Mohamed Khir Toyo bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuasa sepenuhnya meluluskan kontrak dana Geran Selangorku demi memperkukuh kedudukan politik di negeri ini merupakan tuduhan jahat melampau.

“Lebih baik Dr Khir tutup mulut kerana beliau hanya akan membuka pekung di dada. Segala kesilapan dan kelemahan sepanjang dua penggal menjadi menteri besar akan habis terburai. ?Kerana beliaulah, ratusan juta hutang syarikat pemaju kepada kerajaan negeri tidak dikutip dan ribuan ekar tanah jatuh ke tangan pemaju dan tauke-tauke kaya,” selarnya.

Faekah berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Bekas Menteri Besar, Dr Khir yang mendakwa penggunaan peruntukan Geran Selangorku bernilai RM 300 juta tidak mengikut prosedur. Dr Khir dilaporkan berkata penggunaan dana itu membelakangkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Faerkah menjelaskan Geran Selangorku tidak termasuk dalam perbendaharaan negeri. ?Justeru, penggunaannya tidak memerlukan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.  ?Perkara yang sama dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana terdapat peruntukan yang dikelola terus dari Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit – ICU).

?(Ia) tidak melalui KSN mahupun Perbendaharaan.? Tambah Faekah, Geran Selangorku telah berjaya menyelesaikan masalah yang ditinggalkan bertahun-tahun oleh pentadbiran Dr Khir dan Menteri Besar Menteri Besar Umno-BN yang dulu, iaitu hutang Talam Corporation yang RM 319 juta.

Menurut Faekah, Dr Khir sepatutnya berasa malu kepada rakyat Selangor kerana kegagalan beliau mengutip hutang yang dimilikirakyat Selangor.Katanya, Geran Selangorku adalah hasil kebijaksanaan kerajaan Pakatan Rakyat mengutip hutang lapuk yang sengaja dilupakan Dr Khir.

“Setelah kita berjaya mengutip hutang tersebut dan mahu mengembalikan kepada rakyat Selangor melalui Geran Selangorku, sekonyong-konyong Dr Khir mahu mengambil bahagian. Faekah menerangkan, di bawah projek ICU, semua permohonan cadangan dari Adun dikemukakan kepada Pegawai Pembangunan Negeri untuk dipanjangkan kepada ICU.

Geran Selangorku pula diterajui oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Jawatankuasa ini dianggotai Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Jurutera dan Jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas serta pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar.

Kesemua projek yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ini kemudiannya diunjurkan oleh ADUN, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Melalui geran ini juga, Kerajaan Negeri berusaha menghidupkan semula Geng Jalan (Road Gang) di PBT bagi melaksanakan projek yang mudah dengan cepat seperti penurapan semula jalan-jalan.
Di bawah Geran Selangorku, kelulusan projek dan sebut harga dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu yang tidak ada kepentingan.

Manakala pemberian kontrak pula dibuat oleh PBT atau PTD masing-masing dan pelaksanaan projek diaudit badan bebas termasuk JKR sebelum bayaran boleh dibuat oleh MBI. ?Kita faham ramai yang dengki dengan Geran Selangorku diurus secara telus dan teratur, sekali gus menutup ruang mana-mana pihak mengaut keuntungan atas angin sebagai orang tengah.

?Setiap projek diberikan terus kepada kontraktor tanpa perlu ada pelobi,? kata Faekah. ?Ini berbeza dengan zaman Dr Khir apabila projek-projek diberikan secara terus kepada kaum keluarga, biras, ipar duai, suku sakat dan kroni.

?Amalan hina ini telah berkubur bersama terkuburnya pemerintahan UMNO pada 2008.?