Categories
SELANGOR

Hasil audit MES diumum selepas disiasat Jabatan Integriti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JULAI: Siasatan awal audit Pejabat ADUN, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen memantau penggunaan peruntukan kewangan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menunjukkan trend pengeluaran melebihi pemberian kepada penerima sumbangan.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, penemuan itu akan disiasat Jabatan Audit Negeri Selangor dan Jabatan Integriti Selangor bagi memastikan sama ada terdapat ketirisan atau penyelewengan berlaku atau masalah berkaitan isu teknikal.

mes“Kalau benar berlaku salah guna duit peruntukan rakyat ini, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan. Polisi Kerajaan Negeri terpakai kepada semua tidak kira Menteri Besar, Exco atau ADUN.

“Apa yang penting duit yang kita peruntukkan itu sampai kepada rakyat. Itu yang kita usahakan,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Kata beliau semua penemuan dalam kerja audit itu nanti juga akan dibawa dalam mesyuarat tertutup bagi memutuskan tindakan selanjutnya yang akan diumumkan kepada rakyat.

rodziah pc green 20 jul 01Rodziah bagaimanapun tidak menjelaskan pejabat Ahli Parlimen, ADUN atau Pejabat Penyelaras DUN yang terlibat dengan trend pengeluaran melebihi sumbangan dimaksudkan.

Rabu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jabatan Audit Negeri Selangor diarah menjalankan audit di seluruh pejabat ADUN, Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan program kebajikan MES.

Ia bertujuan untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program kebajikan yang dijalankan sejak 2008.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.