Categories
NASIONAL

Insiden Mabul: Apa sudah jadi keselamatan negara & Esscom?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JULAI: Kes penculikan dan serangan hendap di Pulau Mabul,Sabah memperlihatkan segala usaha mempertingkankan ciri keselamatan di kepulauan dan sempadan Sabah seolah-olah tidak berkesan malah ia perlu ditangani dengan serius.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi berkata, perkara itu sangat membimbangkan kerana ini bukan kejadian pertama bahkan sebelum ini turut melibatkan rakyat tempatan dan pelancong asing.

polis-komando-paskal-dan-marin-sabahKatanya, setiap kali kejadian penculikan berlaku, Kerajaan Pusat hanya akan menjanjikan pengukuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Ini (kes penculikan) sudah berulang kali berlaku. Setiap kali berlaku Kerajaan Pusat menjanjikan untuk memperkukuhkan Escomm dan sebagainya tetapi nampaknya tidak berkesan.

“Ini sangat membimbangkan. Kita lihat seolah-olah kita tidak mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku sebelum ini.

“Kita rasa (aspek keselamatan) seperti tidak disiasat dengan betul apa yang perlu kita lakukan supaya perkara-perkara ini boleh dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Memetik laporan media difahamkan seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

tian chua pc pkr 01Menurut Tian lagi, mengambil iktibar daripada kejadian serangan di Lahad Datu sebelum ini, Kerajaan Pusat menjanjikan untuk membentangkan Kertas Putih berhubung hasil siasatan punca serangan yang berlaku namun sehingga kini masih belum dikeluarkan.

“Semasa pencerobohan Lahad Datu berlaku ada dijanjikan akan dibuat satu Kertas Putih tetapi sehingga hari kita belum nampak apa-apa tindakan untuk melanjutkan sisasatan supaya kita tahu punca pencerobohan Lahad Datu,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.