Categories
NASIONAL

Israel tolak gencatan senjata, angka korban meningkat 850 orang

GAZA, 26 JULAI : Israel dilaporkan menolak cadangan antarabangsa untuk mengadakan gencatan senjata dalam perjuangan menentang tentera Al-Qassam di Gaza, kata sumber kerajaan semalam.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, berkata tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara itu, lapor Reuters.

gaza-photoMenurut Reuters, pengantara berharap gencatan senjata boleh berkuatkuasa lebih awal sebelum sambutan Aidilfitri, tetapi berdepan kesukaran untuk menyelesaikan tuntutan berkenaan sejak berlakunya konflik antara Hamas dan Israel, pada 8 Julai lalu.

Sementara itu, Pegawai Gaza berkata, serangan Israel membunuh 55 orang lagi semalam, termasuk ketua operasi media untuk sekutu Hamas Jihad Islam dan anaknya.

Sehingga kini, jumlah kematian rakyat Palestin meningkat sehingga 844 orang, yang mana kebanyakan daripada mereka adalah orang awam.

Reuters melaporkan Hamas melepaskan tembakan roket keluar dari Gaza, mencetuskan siren besar di kawasan selatan dan tengah Israel, termasuk di lapangan terbang utama negara, namun tiada kecederaan dilaporkan.

gaza1Pada masa sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, dilaporkan sebagai berkata gencatan senjata boleh bermula dengan dilanjutkan pemberhentian selama 12 jam.

Seorang pegawai Amerika Syarikat kemudiannya berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Kerry bahawa Israel akan mula berhenti selama 12 jam dalam pertempuran Gaza bermula jam 7 pagi waktu Israel pada hari ini, namun Israel tidak mengulas berkenaan laporan itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.