Categories
SELANGOR

JP-PBT siasat cadangan pembinaan Lebuhraya KIDEX, SKIP

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 JULAI: Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) kini menjalankan siasatan ke atas isu semasa berkaitan pihak berkuasa tempatan Selangor.

Pengerusi JP-PBT yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata antara isu yang menjadi tumpuan adalah cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) dan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP).

Katanya, JK-PBT turut menyiasat isu penukaran zon di USJ 7 dan USJ 10 yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

“Pihak jawatankuasa kini menyelidik pperkara ini dengan lebih mendalam dengan memeriksa Rancangan Tempatan MPSJ2020.

_MG_7742“Kita juga mengambil keterangan dariapda MPSJ dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) atas dakwaan pindaan draf tidak ikut prosedur,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Hadir sama adalah anggota JK-PBT lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R Rajiv; ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad.

Selain MPSJ dan JPBD, penjelasan turut diambil daripada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad.

Pada masa sama, JK-PBT turut membincangkan isu membabitkan Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang menyelenggara dan menguruskan kediaman berstrata terutama kos rendah.

logo PBTBagi tujuan itu, pihak jawatankuasa mengadakan pendengaran tertutup bersama COB daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlid Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

“Hasil daripada siasatan, jawatankuasa akan membuat beberapa penemuan dan melaporkan serta memberi saranan di dalam penyata untuk dibentangkan di dalam Dewan Negeri akan datang,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.