Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Sekatan media punca penindasan Xinjiang tidak diketahui dunia

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 JULAI: Sekatan media yang dikuatkuasakan kerajaan China berhubung tragedi menimpa kaum Uyghur di Xinjiang menyebabkan penindasan terhadap etnik itu sejak sekian lama tidak diketahui masyarakat dunia.

Exco Undang-undang Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail, berkata polisi kerajaan China yang menyekat akses internet menyebabkan sebarang laporan berita mengaitkan masyarakat Uyghur terus tergendala.

China ProtestBeliau berkata kebanyakan berita yang dilaporkan adalah daripada badan bukan kerajaan (NGO) luar yang membuat lawatan ke sana mahupun pelarian Uyghur yang sudah menetap di negara lain.

“Di China tiada akses internet, malah laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube juga disekat sehinggakan laporan itu perlu dibuat oleh masyarakat luar sama ada masyarakat Uyghur yang jadi pelarian atau NGO luar.

“Masyarakat yang masih menetap di wilayah itu sudah dicengkam untuk tidak mengeluarkan atau menghebahkan sebarang berita, malah mereka juga tidak berani melakukannya,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya masyarakat yang melawat ke negara China hanya sinonim dengan wilayah Xinjiang, namun tidak pernah mengetahui tekanan dan penindasan yang dihadapi etnik Uyghur di sana.

Khairul Anwar berkata pihak berkuasa di republik itu sentiasa memberi sentimen negatif berhubung wilayah Xinjiang sehingga menyebabkan ramai masyarakat mula terpengaruh.

“Pergerakan Uyghur yang berpusat di Turki giat menjalankan kempen kesedaran terhadap bangsa ini dan tragedi yang berlaku dalam Xinjiang supaya perkara ini sampai ke peringkat dunia terutama di kalangan umat Islam.

“Tetapi masyarakat luar sudah berikan satu sentimen bahawa Xinjiang ini teruk, itulah kejayaan kerajaan China memberi persepsi buruk kepada bangsa Uyghur sendiri,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.