Categories
NASIONAL

MH17: MAS ketepi bayaran fi tukar tiket, batal perjalanan

SHAH ALAM, 19 JULAI: Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengetepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang mahu membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke sebarang destinasi MH.

MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik, termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapatkan bayaran balik.

Syarikat itu berkata, penumpang Enrich juga diberikan manfaat yang sama di atas jika membuat perubahan dalam jadual perjalanan masing-masing, selain pemulangan semula perbatuan jika mereka memilih untuk membatalkan tiket penebusan.

MH17 a“Malaysia Airlines sedih atas kehilangan MH17 dan sesungguhnya syarikat menghargai sokongan penumpang,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Kenyataan itu menyebut bahawa bayaran balik hanya terpakai mulai 18 Julai hingga 24 Julai ini, bagi perjalanan dari 18 Julai hingga 31 Disember ini.

MAS berkata, penumpang yang mahu membuat perubahan ke atas jadual perjalanan masing-masing, boleh menghubungi pejabat tiket terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan Globalnya di 1-300-88-3000.

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan terhempas yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine, dekat sempadan Rusia. pada 17 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.