Categories
KENYATAAN MEDIA

PAS zahir ucapan takziah pada keluarga MH17

Oleh: ISKANDAR A SAMAD

Bagi pihak PAS Negeri Selangor saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat mereka yang terlibat di dalam nahas Penerbangan Malaysia MH17.

Kami mendoakan agar mereka bersabar dan tabah di dalam menghadapi ujian dari Allah SWT ini.

Kesedihan yang dirasai oleh mereka turut dirasai oleh kami dan seluruh rakyat Malaysia. Kami yakin semua pihak akan memastikan sensitiviti mereka akan dijaga.

Sehubungan itu kami juga berharap Kerajaan Malaysia akan memberi segala sokongan dan bantuan untuk meringankan keperitan yang dirasai oleh mereka.

PAS Selangor merasakan bahawa serangan yang dilaporkan oleh media ke atas pesawat tersebut merupakan serangan ke atas seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik sepatutnya bersatu mengutuk serangan itu dan tidak sama sekali mempolitikkannya atau membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas.

Walau bagaimanapun kami berharap agar Kerajaan Malaysia akan melakukan satu penyiasatan yang terperinci untuk mengenalpasti punca tragedi ini. Kerajaan perlu menuntut agar pemerintah-pemerintah Ukraine dan Russia memberi kerjasama dan memberi penjelasan.

Rakyat Malaysia mahu mereka yang bertanggung jawab di atas jenayah ini dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.

# Iskandar A Samad adalah Pesuruhjaya PAS Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.