Categories
NASIONAL

Najib Razak patut letak jawatan perairan negara terus diceroboh

SHAH ALAM 16 JULAI: Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa meletakkan jawatan susulan isu perairan negara yang terus diceroboh.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata kegagalan pentadbiran Najib memastikan keselamatan di Sabah sehingga mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan mewajarkan beliau berbuat demikian.

mole-ESSCOM-1Katanya, Najib hingga kini masih gagal menyelesaikan kehilangan pesawat MAS, MH370 meskipun sudah hampir lima bulan insiden itu berlalu.

“Pencerobohan Lahad Datu pada 2013 anggota keselamatan ditembak dan terbunuh. Terbaru anggota polis mati dan seorang lagi dipercayai diculik (di Semporna). (Kehilangan) MH370 tidak dijumpai sehingga kini,”

“Dengan semua kegagalan itu, kalau Najib seorang yang bertanggungjawab, beliau perlu letak jawatan dan undurkan diri daripada dunia politik serta-merta,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Rafizi berkata beliau tidak nampak keseriusan kerajaan dalam mengambil langkah progresif untuk membendung isu keselamatan di perairan Sabah.

“Kalau dulu melibatkan kerugian dan wang rakyat yang dibazirkan, tapi kali ni melibatkan nyawa orang pula.

“Sebab itu saya kata Najib perlu undur diri dan letak jawatan sebagai perdana menteri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.