Categories
NASIONAL

Piala Dunia: “Sampai bila kita pakai jersi negara lain?”

SHAH ALAM 12 JULAI: Perlawanan akhir Piala Dunia 2014 bakal melabuhkan tirainya dengan pertembungan dua kuasa besar bola sepak dunia iaitu Jerman dan Argentina pada Ahad ini.

Persoalannya sampai bila rakyat Malaysia sekadar menyarung jersi negara lain setiap kali berlangsungnya kejohanan berprestij dunia itu?

bola-sepak1Pengkritik sukan negara Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disifatkan sebagai punca kegagalan sukan bola sepak berkembang ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat antarabangsa.

Katanya pentadbiran yang bagus adalah apabila ahli jawatankuasanya merupakan individu yang faham dan pakar dalam sukan bola sepak.

“Tidak guna jika dalam sesebuah organisasi itu ada ramai ahlinya jika mereka sendiri tidak tahu main bola atau tahu pasal peraturan dalam bola sepak. Mereka harus mempunyai latar belakang bola sepak ataupun sekurang-kurangnya pernah bermain bola sepak.

“Macam mana mereka mahu mengendalikan sebuah pasukan profesional jika tidak faham atau pun hanya tahu perkara asas mengenai bola sepak,” katanya.

Beliau berkata seperti Malaysia, pada era 70-an Brazil turut digeruni oleh pasukan bola sepak lain namun keadaan itu berbeza sekarang.

“Selaku tuan rumah, Brazil dimalukan di halaman sendiri. Ini boleh dikatakan kesilapan dalam pengurusan dan juga pemain itu sendiri.

“Bagi saya jika pentadbiran cekap dan mahir dalam menguruskan pasukan, perkara sebegini tidak mungkin terjadi,” katanya dipetik Bernama.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.