Categories
NASIONAL

PKR: Hentikan sebar maklumat palsu & budaya politik kuno

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 JULAI : Rakyat digesa menghentikan menyebar maklumat palsu dan tidak terpengaruh dengan fitnah itu berkaitan isu Menteri Besar Selangor dan tragedi MH17 yang menggunakan twit beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini wujud beberapa twit yang kononnya dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (berkaitan MH17), MP Gombak Azmin Ali (berkaitan isu Menteri Besar Selangor dan perletakan jawatan beliau), dan MP Pandan Rafizi Ramli (berkaitan MH17).

fahmi-fadzilPengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, maklumat palsu yang disebarkan melalui media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp semakin berleluasa.

Beliau berkata, kesemua berita dan tweet ini adalah palsu dan melanggar etika sebaran maklumat.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis perlu lebih agresif dan proaktif dalam memastikan isu pemalsuan maklumat sebegini dibanteras, terutama melibatkan pimpinan politik.

“Sebaran maklumat palsu adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 469 Kanun Keseksaaan, jika disabit kesalahan, boleh dipenjara selama 3 tahun.

“Saya juga meminta Polis dan SKMM memberikan maklum balas insiden penggodaman telefon pimpinan pakatan rakyat yang sering berlaku,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menggesa kesemua pihak menghentikan penggunaan taktik kotor sebegini.

Katanya, ia cuma menampakkan ketandusan idea, moral dan etika serta menampakkan kelangsungan politik kuno dan lapuk yang sepatutnya sudah lama ditamatkan.

“Difahamkan kes tweet palsu dikait dengan YB N Surendran dilapor kepada PDRM 5 Jun 2014 lalu telah diserah kepada SKMM.

“Namun cukup mendukacitakan kerana hingga kini SKMM masih belum menghubungi YB Surendran.

“SKMM perlu lebih bertanggungjawab dan tidak mendiskriminasikan kes yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.
EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.