Categories
NASIONAL

PMUM: Kutipan zakat perlu diaudit pastikan ketelusan & integriti pusat pungutan

Oleh: Syazwani Sufian

SHAH ALAM, 22 JULAI : Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) mencadangkan agar kutipan wang zakat perlu diaudit pihak Jabatan Audit Negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa Unversiti, Fahmi Zainol, berkata cadangan itu mampu mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya orang Islam sendiri, di samping memastikan ketulusan dan integiriti diwujudkan dalam organisasi menguruskan pungutan zakat ini.

gelandanganBeliau berkata rakyat memberikan keyakinan mereka terhadap badan zakat dalam menguruskan duit kutipan zakat, namun seringkali terpampang diakhbar golongan asnaf tidak menerima hak mereka.
“Berdasarkan stastitik negara menunjukkan bangsa Melayu yang menganut agama islam masih mendominasi kemiskinan di negara kita berbanding kaum-kaum lain.

“Lihat saja golongan gelandangan, golongan meminta sedekah terutama di kota raya, rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, hal itu menimbulkan persoalan dalam kalangan golongan muslim terutamanya terhadap ketelusan badan zakat dalam menguruskan pengagihan wang zakat.

“Dalam proses yang dijalankan pihak bertanggungjawab, perlu adanya dokumen rasmi untuk disemak serta diuar-uarkan kepada masyarakat umum.

“Proses ketelusan dilaksanakan agar tidak timbul persoalan dikalangan rakyat dan persepsi buruk terhadap badan zakat.

“Proses ini melambangkan ketelusan pihak yang bertanggungjawab menguruskan urusan zakat,” katanya lagi.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.