Categories
NASIONAL

Polis nafi ada wanita dirompak, dibunuh di KL

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Polis hari ini menafikan khabar angin yang disebar menerusi laman sosial kononnya terdapat sindiket merompak dan membunuh beberapa wanita di sekitar ibu kota.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar angin yang tersebar itu adalah tidak benar.

keganasan-polis“Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu sindiket adalah tidak benar.

“Maklumat palsu ini pernah disebarkan pada Julai 2012 dan kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan orang ramai,” katanya dipetik di laman Facebook PDRM.

Katanya, hasil siasatan mendapati, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu di sekitar ibu kota.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber yang tidak sahih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.