Categories
SELANGOR

PR Selangor tambah majoriti PRU-13, tak sama dengan Kedah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 JULAI: Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah tidak boleh dijadikan ukuran kepada kejatuhan PR Selangor jika negeri itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Hal ini berikutan PR Selangor berjaya memperoleh majoriti lebih besar pada PRU-13 berbanding sebelumnya.

PAKATAN RAKYATSetiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata Kerajaan PR Kedah pula hilang kuasa pada PRU sama.

“Kedah dan Selangor sudah tentu tak sama kerana Kedah hilang dalam PRU-13, sedangkan Selangor masih kekal dengan majoriti lebih besar dalam PRU-13.

“Rakyat menghargai peranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Khairuddin berkata, kemenangan atau kemerosotan prestasi PR dalam PRU-14 bergantung sepenuhnya kepada kestabilan negeri dan kebajikan yang diturunkan kepada rakyat.

khairuddin othmanPada PRU-12, PR berjaya merampas Selangor, Kedah dan Perak daripada Barisan Nasional (BN), namun BN kemudiannya berjaya merampas Perak melalui satu rampasan kuasa kira-kira setahun selepas itu dan turut berjaya merampas kembali Kedah, pada PRU-13 lalu.

Bagaimanapun, Selangor yang diterajui Abdul Khalid berjaya melebarkan penguasaan PR dengan menambah lapan lagi kerusi kepada 44 iaitu kemenangan dua pertiga di Dewan Negeri Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.