Categories
NASIONAL

Salahkan perjuangkan keadilan Teoh Beng Hock?

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 JULAI: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar Khalid cuba mengelirukan rakyat apabila beliau cuba mengambil tindakan terhadap Lim Kit Siang selepas gagal mencari pihak yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata apakah ia satu jenayah di Malaysia atas usaha memperjuangkan keadilan dalam menegakkan kebenaran yang menimpa Teo Beng Hock.

 teoh beng hock mak kakakLim Kit Siang didakwa atas kesalahan di bawah Akta Hasutan menyatakan bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan pesalah sebenar belum ditahan dalam sebuah artikel di laman The Rocket, 16 Julai lalu.

“Dengan jelas KPN tiada belas kasihan dan kejam kerana tidak memahami perasaan kehilangan seorang ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media.

Guan Eng berkata keluarga Teoh Beng Hock tanpa ragu-ragu menolak sebarang andaian atau implikasi bahawa beliau menyebabkan kematiannya sendiri.

“Ia adalah tugas pihak polis menyelesaikn kes ini dan mencari pembunuhnya,” katanya lagi.

Teoh Beng Hock, 30, merupakan setiausaha politik Exco Selangor Ean yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas beliau memberi satu kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apakah salah bagi Lim Kit Siang menulis artikel beliau mendapatkan keadilan kes pembunuhan Teoh Beng Hock?

“Jika KPN ingin mengambil tindakan terhadap Lim Kit Siang, adalah lebih baik KPN mengambil tindakan ke atas seluruh 37 Ahli Parlimen dan 105 Ahli Dewan Undangan negeri kerana kami memegang prinsip yang sama,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.