Categories
SELANGOR

Selangor rakam takziah nahas MH17, ambil tindakan tegas pada dalang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine, lewat malam tadi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tragedi kali ini dirasakan begitu menyedihkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini tidak ditemui.

Katanya, diharap tragedi itu tidak melemahkan semangat kakitangan terutama anak kapal MAS untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang bagi mengekalkan nama baik syarikat itu di peringkat antarabangsa.

“Salam takziah kepada warganegara Malaysia, Belanda, Australia, Kanada, Indonesia dan beberapa negara lain yang terbabit dalam kemalangan pesawat MH17 yang terhempas. Masyarakat Malaysia perlu bertenang, tabah dan kuat bagi menghadapi situasi menyedihkan ini.

MH17 a“Bagi umat Islam, kejadian berlaku pada bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkat mengajar kita semua bersabar serta menerima ketentuan ini dengan penuh redha,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Abdul Khalid juga berharap Kerajaan Pusat akan menggesa tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

“Kita juga mengharapkan Kerajaan Malaysia menghantar mesej yang kuat kepada masyarakat antarabangsa supaya pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi ini menerima hukuman setimpal dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.

khalid songkok dunPesawat MH17 dilapor ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia di Timur Ukraine dan mengorbankan seramai 298 penumpang dan anak kapal yang kebanyakannya warga Belanda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media pertama di Putrajaya awal pagi tadi mahu pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan jika benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.