Categories
SELANGOR

Sultan Selangor & MB sertai 10,000 Solat Aidilfitri di Masjid Negeri Shah Alam

Oleh: Shuaib Ayob

SHAH ALAM, 28 JULAI: Kira-kira 10,000 umat Islam terdiri daripada penduduk Shah Alam menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi.

Turut menunaikan solat, Turut hadir Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Sultan RayaSolat Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah meriah dengan kehadiran  umat Islam pelbagai bangsa.

Lebih setengah dari jemaah di masjid itu terdiri dari warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia yang mengorbankan peluang untuk menyambut hari yang bermakna ini dengan isteri, anak dan ibubapa kerana mencari nafkah untuk keluarga.

MB SultanJuga hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Selepas solat DYMM Sultan dan Menteri Besar bersalaman dan bermesra dengan para jemaah sempena Aidilfitri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.