Categories
NASIONAL

Tiong Lai jadi Menteri Pengangkutan, apa yang berubah?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 JUL: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata kemasukan semula Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi mengisi jawatan Menteri Pengangkutan tidak membawa apa-apa perubahan terhadap tuntutan mereka kepada kerajaan.

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, perlantikan Liow sebagai menteri tidak menjanjikan apa-apa yang baru kerana ia merupakan lantikan politik semata-mata.

zulhazmi-shariffJelas Zulhazmi yang sebelum ini begitu lantang menentang pelaksanaan sistem kamera AES, situasi sama pernah berlaku ketika Tan Sri Dr Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA dan Tan Sri Kong Cho Ha.

“Dalam keadaan itu, Chua Soi Lek bukan Ahli Parlimen. Jadi portfolio Menteri Pengangkutan diberikan kepada Kong Cho Har yang merupakan Timbalan Presiden MCA.

“Apabila Kong Cho Har dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, dia meneruskan agenda Chan Kong Choi & Ong Tee Keat iaitu meneruskan perlaksanaan AES.

“AES dilaksanakan semasa Kong Cho Har menjadi menteri tetapi perancangan melaksanakan AES bermula dizaman Chang Kong Choi & Ong Tee Keat,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya selagi Barisan Nasional memerintah, tidak ada apa-apa perubahan dasar yang bakal berlaku melainkan perubahan dari segi pendekatan sahaja.

“Mungkin Liow akan lebih mesra dan lebih melakukan pendekatan dengan rakyat. Contohnya bila Timbakan Menteri Pengangkutan yang baru Datuk Abdul Aziz Kaprawi buat bengkel pindaan cermin gelap.

“Sebenarnya bengkel itu tidak ada apa-apa sangat sebab hanya melibatkan peraturan yang mana menteri boleh pinda bila-bila masa.

“Tapi Kementerian buat bengkel untuk tunjukkan Kementerian prihatin dan dengar suara rakyat. Tapi hanya dalam kes melibatkan perkara tertentu.

“Kenapa dalam bab AES tidak buat bengkel? Isu-isu lama dan isu pokok tetap sama,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.