Categories
SELANGOR

Cuaca kering bukan faktor air empangan Selangor susut

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 JULAI: Cuaca kering dan kadar kekerapan hujan yang kurang ketika ini bukan faktor yang mempengaruhi penyusutan empangan di Selangor.

Laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaparkan kadar takungan air di setiap empangan mencatatkan takungan konsisten sejak cuaca kering melanda hujung Jun lalu.

Bagaimanapun, terdapat penyusutan di beberapa empangan, namun kadar penyusutan hanya setakat satu hingga dua peratus sahaja jika dibandingkan dengan paras takungan bermula Mei lalu.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Paras di empangan Batu mencatat kadar takungan 89.32 peratus dengan kadar 28.55 juta meter padu dan taburan hujan pada kadar 0.00mm.

Bagi Klang Gates pula mencatatkan paras empangan pada kadar 76.81 peratus iaitu 19.46 juta meter padu dengan taburan hujan 8.00mm, Kolam Takungan Sungai Labu 67.58 peratus pada kadar 5.86 juta meter padu dengan taburan hujan 1.50mm dan empangan Langat pula 66.65 peratus iaitu 22.72 juta meter padu dengan taburan hujan 6.00mm.

Selain itu, empangan Semenyih 50.43 juta meter padu ( 85.37peratus) dengan taburan hujan 0.00mm, empangan Sungai Tinggi pula 70.99 juta meter padu (62.00 peratus) dengan taburan hujan 0.00mm dan empangan Tasik Subang pula 3.22 juta meter padu (76.59 peratus) dengan taburan hujan 0.00mm.

Manakala, bagi empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus bekalan air kepada penduduk Lembah Klang dan Putrajaya pula mencatatkan 41.68 peratus iaitu 95.86 juta meter padu dengan taburan hujan 15.25mm.

Sebelum ini, LUAS akan memastikan catuan air di negeri itu termasuk Lembah Klang dan Putrajaya tidak akan berulang walaupun fenomena El-Nino (musim kering) dijangka melanda bermula penghujung Jun.

LUAS mempunyai pelan alternatif untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bagi kegunaan rakyat Selangor.

Selain empangan, Selangor turut bergantung kepada kolam takungan air yang mampu membekalkan kapasiti air dengan lebih tinggi dan pembenihan awan akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca kering dengan menggunakan kaedah terbaik.

Sementara itu, dalam ramalan kaji cuaca di negeri itu menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia pula menjangkakan Rabu (hari ini) dan Khamis (3 Julai) hujan dikebanyakan kawasan.

Manakala, cuaca dalam keadaan baik namun tiada hujan sepanjang minggu bermula 4 hingga 8 Julai ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.