Categories
NASIONAL

Tragedi MH17: MAS adakan sidang media tergempar 4 pagi

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ekoran laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang mengesahkan pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

MH17Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung dengan MH17.

“Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan orang tersayang,” kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle Khamis.

Terdahulu, Malaysia Airlines mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

MH17 aPenerbangan MH17 yang menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikut.

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.