Categories
NASIONAL

Tragedi MH17: Pekerja kecemasan dakwa jumpai kira-kira 100 mayat di tempat kejadian

GRABOVO, (Ukraine) 18 JULAI: Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di sekeliling serpihan sebuah pesawat penumpang yang dipercayai terhempas di sebuah ladang di timur Ukraine malam ini, lapor wartawan Reuters.

Pekerja perkhidmatan kecemasan berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat dijumpai di tempat kejadian, berhampiran kawasan perkampungan Grabovo, dan kesan serpihan berselerak dalam lingkungan kawasan kira-kira 15 kilometer.

MH17Serpihan sayap pesawat yang ditanda dengan warna biru dan merah – warna sama seperti lambang Malaysia Airlines yang tidak dapat dikesan dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa hampir 300 orang.

“Saya sedang bekerja di ladang dengan traktor apabila saya terdengar bunyi sebuah pesawat dan kemudian bunyi kuat dan tembakan.

“Kemudian saya ternampak pesawat itu terjatuh dan patah dua. Terdapat asap hitam tebal,” kata seorang saksi yang hanya memberi namanya sebagai Vladimir.

Sergei, seorang anggota pemisah dari kawasan berdekatan Krasnyi Luch berkata: “Dari anjung rumah, saya nampak pesawat itu mulai menurun dari tahap tinggi dan kemudian saya terdengar bunyi dua letupan kuat.”

Dia menafikan pemisah menembak jatuh pesawat itu.

MH17 a“Ini akan hanya berlaku jika jet pejuang atau peluru berpandu darat-ke-udara (yang menembaknya),” katanya dan menambah pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published.