Categories
SELANGOR

Trek basikal 2.4km pertama dibina di DUN Subang Jaya

Oleh : AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 1 JUL : Sebuah trek basikal sepanjang 2.4 kilometer (km) akan dibina di Jalan Tujuan, USJ bagi kemudahan penduduk setempat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya untuk melakukan aktiviti riadah dan rekreasi termasuk kegunaan harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata pembinaan trek dua hala itu mula dilaksanakan awal Jun lalu berdasarkan cadangan pejabat DUN beliau sendiri termasuk permintaan penduduk setempat.

hannah yeoh 1aBeliau berkata projek bernilai lebih RM500,000 itu ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan dijangka siap untuk manfaat masyarakat menjelang 31 Ogos depan.

“Memandangkan ada permintaan daripada penduduk, pejabat saya mula mengadakan mesyuarat teknikal bersama Jabatan Kejuruteraan MPSJ menggesa untuk membina trek basikal ini.

“Lokasi ini strategik kerana dipenuhi tumbuh-tumbuhan dan jumlah purata kereta yang lalu di sini juga adalah jauh lebih rendah berbanding di Persiaran Tujuan,” katanya pada sidang media di tapak laluan trek basikal USJ dekat sini, hari ini.

hannah yeoh 2aYeoh berkata laluan trek berkenaan turut menggabungkan empat buah sekolah di USJ 4 dan USJ 12, sekaligus memberi kemudahan kepada para pelajar untuk menunggang basikal dengan lebih selamat.

Selain trek, katanya kawasan parkir basikal juga akan disediakan di kawasan berhampiran.

“Terima kasih kepada MPSJ kerana bersetuju membina trek ini untuk kemudahan pengguna.

“Kita akan menunggu projek ini siap sepenuhnya untuk lihat berapa ramai yang akan menggunakan laluan tersebut dan jika ia berjaya, baru kita rancang untuk bina di tempat lain,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.