Categories
NASIONAL

Warga kota balik kampung, trafik PLUS bergerak perlahan

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Keadaan trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik bergerak perlahan di Slim River ke Tapah dan kawasan mendaki di Gua Tempurung.

trafik perlahan1“Trafik juga sesak dari Jelapang menuju ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak,” katanya dipetik Bernama di sini.

Menurutnya trafik bergerak lancar ke arah selatan tanah air pagi ini, termasuk dari Nilai menuju Seremban.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Lebuhraya Karak menuju ke pantai timur juga lancar pagi ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.