Categories
NASIONAL

AMK: “Musuh utama BN, bukan ahli parti & Pakatan”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) baru, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan tenang mengambil pendekatan positif supaya saf pemuda bersatu dan ‘buang yang keruh, ambil yang jernih.

Katanya, musuh utama perjuangan AMK adalah Barisan Nasional (BN) dan bukannya ahli parti mahupun Pakatan Rakyat.

kongres“Musuh kita bukan teman dalam parti. Musuh kita bukan teman dalam Pakatan Rakyat.

“Musuh kita adalah mereka yg merompak, memainkan sentimen agama, mereka yang menghambakan anak mudah dan musuh kita,” katanya dalam ucapan penggulungan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Beliau turut memaklumkan saf kepimpinan baru AMK telah mengadakan mesyuarat pertama semalam.

Ucapan pembukaan Nik Nazmi disambut dengan sorakan sebagai tanda solidariti yang mahukan kesemua ahli parti kembali bersatu untuk meneruskan perjuangan.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh isu pengajian tinggi selain peningkatan kos sara hidup yang dihadapi anak muda kini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.