Categories
NASIONAL

Angka korban kekejaman Israel 1,347 orang sejak 24 hari

GAZA, 1 OGOS: Jumlah kematian akibat kekejaman rejim zionis sejak 24 hari lalu, mencecah 1,347 orang, manakala kira-kira 7,700 lagi cedera sehingga jam 10 malam tadi waktu tempatan.

Press TV, Persatuan Palang Merah Palestin (PRCS) memberitahu, serangan berterusan Israel menyebabkan krisis kemanusian di Gaza semakin buruk.

“Jumlah mangsa bedilan semakin meningkat. Kami hadapi kesukaran kerana bekalan air dan elektrik terputus di kebanyakan hospital,” katanya.

gaza-photoSementara itu, Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Medhat Abbas mengutuk serangan itu kerana menyasarkan hospital, ambulans dan pusat penempatan sementara.

Dalam serangan terbaru, sekurang-kurangnya 20 maut dan 100 cedera dalam serangan paling dahsyat di Shejaiya, Timur Gaza, semalam.

Serangan kereta kebal itu sengaja disasarkan di pasar itu ketika orang ramai sedang membeli keperluan harian.

Ketika serangan pertama dari sebuah kereta kebal, puluhan orang ramai melarikan diri dan mengheret mangsa cedera.

“Keadaan itu menyebabkan Zionis melancarkan serangan kedua tanpa menghiraukan mereka yang sedang menyelamatkan mangsa. Situasi getir itu sukar dibayangkan kerana ramai mangsa terbakar.

“Sejurus ambulans tiba, mangsa dihantar ke Hospital Al Shifa. Penduduk yang lain berusaha memadamkan kebakaran di sekitar pasar itu,” kata saksi, Abu Maysarah.

gaza1Katanya, ketika operasi memadam kebakaran, Israel sekali lagi membedil kawasan berkenaan.

Selain itu, dalam perkembangan terbaru, Amerika Syarikat (AS) membenarkan Israel menggunakan stok simpanan peluru milik mereka ketika serangan memuncak di Genting Gaza.

Kabinet Israel pula, mengerahkan 16,000 lagi askar simpanan menyertai Operasi Perlindungan Sempadan di kawasan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.