Categories
NASIONAL

Bacaan IPU baik di kebanyakan kawasan

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kualiti udara di kebanyakan kawasan seluruh negara dilaporkan berada dalam keadaan baik dengan hanya lima lokasi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat jam 8 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana adalah Alor Setar (53), Bakar Arang-Sungai Petani (66), Kampung Air Putih-Taiping (56), Seberang Jaya 2-Perai (53) dan Pelabuhan Klang (64)

cuacaManakala lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 dan 300 sangat tidak sihat dan melebihi 301 sebagai berbahaya.

Bacaan IPU boleh diperoleh menerusi laman web JAS di http://www.doe.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published.