Categories
NASIONAL

California dilanda gempa bumi terkuat sejak 25 tahun, 100 cedera

CALIFORNIA 25 OGOS: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda utara San Francisco awal hari ini menyebabkan kira-kira 100 orang cedera, kerosakan pada bangunan bersejarah dan kediaman terbakar serta gangguan bekalan elektrik di sini.

gempa caliAgensi berita Reuters melaporkan gempa yang dianggap paling kuat di negeri itu sejak 25 tahun mencemaskan penduduk yang sedang tidur apabila ia melanda pada kira-kira jam 3.20 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa pada 10 kilometer selatan bandar raya Napa terletak kira-kira 80 kilometer timur laut San Francisco.

Ketua Bomba tempatan, John Callahan berkata, tidak dapat dipastikan sekiranya terdapat kematian tetapi tiga orang mengalami kecederaan parah termasuk seorang kanak-kanak selepas dihempap tempat pendiangan.

GempaEnam kebakaran berlaku termasuk membabitkan enam buah rumah bergerak.

Sementara itu, Pusat Perubatan Queen of the Valley berkata, pihaknya merawat kira-kira 120 pesakit yang cedera akibat gempa bumi itu.

Gempa bumi berkenaan dirasai di sepanjang Teluk San Francisco.

Leave a Reply

Your email address will not be published.