Categories
SELANGOR

Dokumen palsu ‘Langkah Kajang’, pegawai MB mahu polis siasat menyeluruh

SHAH ALAM 20 OGOS: Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin hari ini membuat laporan Polis berhubung dokumen palsu yang mendedahkan “Langkah Kajang” oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Azrul Azwar berkata, laporan polis itu dibuat bagi mengelak namanya dikaitkan dengan dokumen yang didakwanya sebagai palsu itu.

Laporan Polis“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu menahu atau mempunyai sebarang kaitan dengan perancangan Langkah Kajang atau mana-mana intipati lain yang terkandung dalam dokumen setebal tujuh muka surat itu,” demikian menurut laporan polis itu yang dimuatnaik di laman Facebooknya.

Azrul Azwar menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh dan mengenalpasti dalang disebalik dakwaan yang dilemparkan itu.

Dokumen yang diberi nama “Ringkasan Eksekutif Langkah Kajang” disebarkan meluas dalam internet hari ini.

Nama Azrul disebut sebagai salah seorang perancang bersama dengan Institut Rakyat. Beliau telah meninggalkan Institut Rakyat April lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.