Categories
NASIONAL

Hashtag #MalaysiaBerkabung dan #RememberingMH17 duduki tangga teratas laman sosial

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Hashtag #MalaysiaBerkabung dan #RememberingMH17 menduduki tangga teratas kini bualan di laman sosial susulan ketibaan 20 jenazah kumpulan pertama pesawat MH17.

Pengguna laman sosial yang turut sama melahirkan solidariti ke atas mangsa pesawat penerbangan MAS itu dengan berkongsi beberapa foto ketibaan jenazah yang dibawa dari Amsterdam yang ditangkap secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga daripada kaca televisyen masing-masing.

Turut dimuat naik ke laman sosial, foto reben hitam yang ditulis #MH17 dan surah Al-Fatihah sebagai tanda simpati rakyat Malaysia terhadap kejadian malang yang menimpa, pada 17 Julai lalu.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANESelain itu, ada diantara pengguna laman sosial memuat naik gambar situasi bersedih ahli keluarga jenazah yang turut bersama di KLIA selain gambar pesawat MAS yang disunting kepada warna hitam putih sebagai tanda berkabung.

Agensi media di seluruh negara juga menggunakan warna hitam putih sebagai tanda berkabung termasuk cetakan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Kumpulan pertama jenazah itu dibawa menaiki pesawat Khas Boeing 747 dan selamat tiba di KLIA, pada jam 10 pagi.

FacebookSelepas 37 hari, akhirnya semua jenazah itu disambut dengan penuh hormat melalui Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang. 

Pesawat MH17 yang ditembak jatuh, pada 17 Julai lalu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.30 pagi waktu tempatan.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.