Categories
NASIONAL

Inflasi naik 3.3%, rakyat terus terbeban

KUALA LUMPUR 2 OGOS: Kadar inflasi meningkat kepada 3.3 peratus pada Jun 2014 berbanding 3.2 peratus bulan sebelumnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan menyatakan kategori makanan dan minuman bukan alkohol mencatat inflasi yang lebih tinggi pada 3.5 peratus (Mei, 3.3 peratus) terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga ikan dan makanan laut segar dan sayur-sayuran.

harga-naikInflasi dalam kategori minuman alkohol dan tembakau menurun kepada 11.6 peratus (Mei, 14.1 peratus) disebabkan oleh kesan asas, berikutan kenaikan harga tembakau pada bulan Jun 2013 telah luput.

Sementara itu, jangkaan pasaran bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dinaikkan pada bulan Julai telah menyumbang kepada kadar antara bank yang lebih tinggi bagi tempoh matang satu bulan dan lebih.

Dari segi kadar pinjaman runcit, kadar pinjaman asas (BLR) purata bank perdagangan kekal tidak berubah pada 6.53 peratus pada bulan Jun, manakala kadar deposit runcit juga secara relatif stabil pada tempoh itu.

Susulan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 10 Julai 2014, kadar antara bank bagi semua tempoh matang menjadi lebih tinggi. Kadar pinjaman runcit dan kadar deposit runcit juga telah dinaikkan.

BNM mengenai kadar pertukaran dan rizab antarabangsa, pada bulan Jun, ringgit menyusut nilai berbanding mata wang kebanyakan rakan perdagangan utama Malaysia. Namun, ringgit secara relatif tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.