Categories
KENYATAAN MEDIA

Sabotaj air berulang, Kerajaan Negeri tuntut tindakan tegas diambil

Kerajaan Negeri sekali lagi berdepan tindakan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha Kerajaan Negeri memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Sekitar jam 2.30 pagi semalam, pasukan yang bertugas di tempat pengepaman air telah mengesan sejumlah 6 buah ‘powerpack’ pam yang berfungsi untuk mengalihkan air ke kolam telah dirosakkan. Semua kabel pada pam berkenaan telah dipotong.

p5 (1)Sungguhpun begitu, tindakan sabotaj ini tidak mengganggu bekalan air mentah ke loji rawatan air. Para pengguna tidak perlu khuatir kerana tindakan sabotaj ini sama sekali tidak menjejaskan bekalan air terawat kepada semua pengguna.

Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada pasukan bertugas yang telah mengambil tindakan pantas untuk memastikan kerosakan ini tidak berlarutan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengatasi perbuatan khianat ini.

Setelah laporan polis dibuat pada 27 Julai atas insiden sabotaj yang berlaku sebelum ini, hari ini satu lagi laporan polis akan dibuat.

Kerajaan Negeri menuntut agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas untuk meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar insiden sebegini tidak berulang.
YB DR AHMAD YUNUS HAIRI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BELIA DAN SUKAN, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Leave a Reply

Your email address will not be published.