Categories
SELANGOR

Iskandar: PAS perlu kekal dalam exco pastikan urusan rakyat diteruskan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 OGOS: PAS perlu kekal dalam barisan Exco Kerajaan Selangor bagi memastikan semua urusan perkhidmatan dan tanggungjawab memakmurkan rakyat negeri itu dapat diteruskan seperti biasa.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata ini terbukti apabila Kerajaan Negeri yang dianggotai empat Exco darpada PAS itu berjaya mencapai beberapa keputusan penting dalam mesyuarat Majlis Tindakkan Ekonomi Selangor pagi tadi dan Mesyuarat Exco semalam.

Iskandar“Kalau kita menarik diri, banyak agenda rakyat, permohonan atau urusan yang tak dapat berjalan yang akhirnya merugikan rakyat,” kata Iskandar.

Iskandar berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini di pejabatnya sebaik sahaja beliau selesai menghadiri mesyuarat MTES pagi tadi.

Jelas beliau, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Exco semalam dan MTES hari ini adalah menambah peruntukkan RM5 juta untuk Tabung L’Ceria dan RM7 juta lagi bagi membantu penduduk pangsapuri kos rendah menukar meter air pukal kepada meter individu bagi membolehkan mereka menikmati skim air percuma.

Selain Menteri Besar yang mempengerusikan mesyuarat tadi dan exco-exco turut hadir mesyuarat UPENS pagi tadi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.