Categories
SELANGOR

JAIS perlu perhebat gerak program dakwah didik masyarakat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 OGOS : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dinasihatkan supaya menggerakkan pelbagai program berbentuk dakwah secara meluas dan konsisten dalam usaha memperkasa kefahaman Islam secara menyeluruh di negeri ini, titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah JAIS perlu memberi penekanan kepada orang ramai mengenai fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan teras aliran kepercayaan orang Islam di negara ini.

Majlis Ramah Mesra JAIS dgn DYMM dan MB (1)Titah Baginda Sultan, kegagalan masyarakat Islam memahami, menghayati dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini akan membuka ruang kepada unsur penyelewengan akidah serta salah faham yang dibawa pihak tertentu.

“JAIS perlu merancang pelbagai program dakwah untuk membina akhlak dan kefahaman ilmu di kalangan masyarakat Islam di negeri Selangor dengan bersifat interaktif serta menepati kehendak naluri dan emosi para remaja.

“Program dakwah secara terbuka dengan melibatkan kerjasama dengan para ulamak, tokoh-tokoh akademik dan univerisi serta pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) amatlah Beta galakkan.

“Usaha ini juga boleh dilakukan dengan menerbitkan sebanyak mungkin bahan informatif Islam dan bacaan ilmiah yang mampu memberi pencerahan terhadap isu-isu utama semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam di negara ini,” titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan bertitah demikian pada Majlis Perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan JAIS di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Majlis Ramah Mesra JAIS dgn DYMM dan MB (5)Dalam pada itu, Sultan Selangor turut menasihatkan JAIS supaya mempertingkatkan penerbitan bahan-bahan dakwah di laman sosial sebagai media baru penyaluran dakwah kepada masyarakat.

“Langkah ini adalah sesuai dengan perubahan terkini di mana media sosial menjadi akses utama pencarian maklumat oleh masyarakat,” titah Baginda Sultan lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.