Categories
SELANGOR

Sultan Selangor: JAIS perlu laksana penguatkuasaan berhemah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan warga kerja Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memperkemaskan tadbir urus dan operasinya supaya menjadi organisasi yang kukuh dan mantap.

Baginda bertitah JAIS perlu sentiasa mempertingkatkan kualiti terutama dari aspek pengurusan dan pentadbirannya sam ada di ibu pejabat mahupun di setiap cawangan di seluruh negeri Selangor.

Majlis Ramah Mesra JAIS dgn DYMM dan MB (1)Titah Baginda Sultan setiap urusan serta operasi perlu dikaji dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menjamin prestasi terbaik untuk memenuhi kehendak dan keperluan masa kini.

“Beta ingin melihat setiap bahagian di dalam JAIS berfungsi dengan baik dan lancar.

“Beta sedar bahawa JAIS telah melalui pelbagai bentuk rintangan serta tohmahan yang tidak berasas yang dilemparkan terhadap JAIS dan juga pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),” titah Baginda.

Baginda Sultan bertindah demikian ketika berkenan menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan Jais di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi.

Sultan Sharafuddin bertitah, warga JAIS juga perlu memainkan peranan dalam memelihara kredibiliti insititusi agama Islam berikutan generasi masa kini sering terdedah dengan pelbagai berita dan maklumat palsu yang boleh memesongkan akidah.

Baginda bertitah JAIS juga perlu sentiasa memastikan penguatkuasaan terhadap isu-isu berkaitan agama Islam di negeri Selangor dilakukan dengan baik dan sempurna mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Justeru setiap penguatkuasaan yang dilakukan mestilah secara berhati-hati, berhemah, adil serta mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan,” titah Baginda Sultan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.