Categories
SELANGOR

JMM: Kapasiti empangan air dijangka meningkat Monsun Peralihan September

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM 7 OGOS: Status semasa kapasiti empangan di Selangor yang merosot ketika ini dijangka beransur pulih bermula pertengahan September depan setelah berlakunya Monsun Peralihan, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut agensi itu, Monsun Peralihan akan membawa taburan hujan yang lebih menyeluruh terutamanya di kawasan-kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Empangan“Paras air di empangan akan meningkat setiap kali Monsun Peralihan berlaku berikutan jumlah hujan yang turun adalah lebih banyak berbanding musim-musim lain.

“Ia berlaku dua kali setahun, iaitu pada akhir Mac hingga Mei dan pertengahan September hingga November,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, kapasiti empangan bergantung harap kepada jumlah hujan dikawasan tadahan.

MetMalaysia berkata taburan hujan yang diterima Selangor sedikit berbeza ketika Musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut.

“Monsun Timur Laut kebiasaannya akan bermula pada pertengahan November dan jumlah hujan yang diterima Selangor akan sedikit berkurangan berbanding pada Monsun Peralihan.

“Monsun Timur Laut kebiasaannya akan membawa lebih banyak hujan kepada negeri-
negeri di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak,” jelasnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.