Categories
SELANGOR

Majlis Syura Ulamak PAS: Abdul Khalid kekal sebagai MB

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 OGOS: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran amanah.

Dalam satu kenyataan bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura membuat keputusan itu berasaskan hukum syarak.

Kenyataan itu juga menyebut keputusan dibuat dengan melihat kepada kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

nikaziz haron“Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

“Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya serta terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat,” tegas kenyataan itu.

PKR pada Julai lalu memutuskan Abdul Khalid perlu digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak dipersetujui Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Awal minggu ini, Setiausaha Agung PKR mendedahkan keputusan menukat Menteri Besar dibuat atas dakwaan keraguan integriti Abdul Khalid antaranya membabitkan penyelesain hutang Bank Islam.

Khalid-Ibrahim-SELANGORSemalam, Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Yasid Bidin, membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkenaan selepas Saifuddin gagal berbuat demikian apabila diminta Abdul Khalid.

Laporan pertama seumpamanya itu dibuat bagi membolehkan siasatan SPRM dilakukan berhubung dakwaan salah laku dan Abdul Khalid yakin beliau berada di pihak benar.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.