Categories
SELANGOR

Kebakaran tapak pelupusan di Sepang berjaya dikawal

SEPANG 12 OGOS: Skuad PANTAS MPSepang dengan anggota penguatkuasa MPSepang bersama-sama BOMBA bertindak segera mengawal kebakaran di Tapak Pelupusan Ampar Tenang daripada terus merebak.

Jabatan Korporat Pembangunan Masyarakat MPSepang,  Zelda Mohd Zamri, berkata seramai tujuh anggota bertugas di tapak dengan tumpuan kepada pengawalan asap dan memastikan tiada api baru.

10461937_10152600216418695_3813222534835159220_nKatanya, keadaan cuaca panas dan kering telah menyebabkan api sukar dipadamkan.

Selain keadaan tapak yang membungkit menyumbang kepada api marak didalam timbunan sampah lama.

“Namun, dengan penempatan anggota sejak 6 Ogos lepas telah dapat mengawal api dari merebak,” katanya dalam satu kenyataan media.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.