Categories
NASIONAL

Kemenangan Erdogan harapan baru ummah kembalikan kegemilangan

SHAH ALAM 12 OGOS: Kemenangan  Recep Tayyip Erdogan sebagai Presiden baru Turki menjadikan ia sebuah negara harapan umat untuk memimpin dunia Islam yang sedang berdepan tekanan kuasa barat ketika ini.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata Turki menjadi harapan umat untuk menggembalikan peranan Kekhalifahan yang telah ranap 90 tahun yang lalu, pada tahun 1924.

10600428_10152373194558577_1011643810509547519_n“Akibatnya krisis umat berlarutan dari Palestin, Kashmir, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Afghanistan, Chechnya, Iraq, Syria, Burma,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Menurut Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, harapan dunia Islam terhadap Turki sangat tinggi biarpun tahu Barat dan Zionis akan terus merancang untuk menghalangnya dengan memperalatkan tokoh ugama saperti Fethullah Gulen menghancurkan Turki dari dalam sebelum ini.

Erdogan memenangi kerusi Presiden selepas menang pilihan raya presiden negara itu, pada 10 Ogos lalu.

Erdogan menang dengan 52 peratus undi, mengikut kiraan daripada 99 peratus peti undi dan menewaskan pesaing utama beliau, Ekmeleddin Ihsanoglu yang hanya mendapat undian sebanyak 38.3 peratus

Sementara pesaing ketiga, Selahattin Demirtas memenangi 9.7 peratus undi.

ErdoganErdogan dijangka mengambil sumpah pada 28 Ogos ini.

Dengan kemenangan itu, Erdogan akan mengubah perlembagaan untuk menjadikan jawatan presiden lebih berbentuk eksekutif yang mirip kepada sistem presiden di Amerika Syarikat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.