Categories
NASIONAL

Kongres PKR: Ambil iktibar kekalahan PRU-13

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: PKR perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan di kerusi Dun Pengkalan Kubor di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu yang berpunca daripada kurang kerjasama daripada rakan Pakatan Rakyat (PR).

Perwakilan dari Kelantan, Prof Madya Saharun Ibrahim berkata, kesilapan tersebut perlu diperbaiki untuk memenangi semula kerusi itu yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Noor Zahidi Omar.

kongres5“Dalam PRU13 lalu, kita yakin dapat menang kerusi itu tapi kita tersilap teknik. Rancangan kita tidak menjadi kerana hubungan dengan parti lain kurang baik.

“Ibarat menunggu durian yang gugur tetapi rupa-rupanya lantai pondok telah dipecahkan rakan sendiri. Jadi, jika mahu menang kali ini kita perlu berusaha dapatkan kerjasama daripada semua parti,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR ke -10.

Beliau yang juga bekas calon di kerusi tersebut pada PRU13 lalu turut menyatakan kesediaan berkhidmat bagi memastikan kemenangan PKR.

“Tidak kira siapa calon PKR, saya sedia kerja keras supaya sekurang-kurangnya kita dapat tambah jumlah undi. Berdasarkan undian yang diterima pada PRU13 lalu, saya yakin kita mampu meningkatkan sokongan penduduk,” katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong setelah Noor Zahidi meninggal dunia akibat kanser di Guangzhou, China,  Rabu lalu.

Pada PRU13, Noor Zahidi menang dengan majoriti 1,763 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Saharun dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.