Categories
NASIONAL

Kongres PKR dimulakan dengan Alfatihah, bertafakur peringati mangsa tragedi MH17

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung hari ini dimulakan dengan bacaan Alfatihah untuk dihadiahkan kepada anak kapal dan penumpang penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, pada 17 Julai lalu. 

Selain bacaan Al-Fatihah, kongres turut dihentikan selama hampir dua minit pada kira-kira jam 10.45 pagi bagi bertafakur untuk memperingati jenazah warganegara Malaysia yang dibawa pulang hari ini.

Kongres sayap PKR, AMK dan wanitanya yang dilangsungkan hari ini diadakan serentak dengan ketibaan jenazah anak kapal dan penumpang warganegara Malaysian Airlines di negara ini.

tafakurTinjauan Selangor Kini juga mendapati kebanyakan perwakilan yang menghadiri kongres AMK itu turut mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda berkabung.

Sementara itu, pesawat khas Boeing 747 yang membawa kumpulan pertama jenazah 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden pesawat MH17 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 10.00 pagi tadi.

Ketibaan jenazah itu disambut dengan suasana sedih dan hiba ahli keluarga, rakan dan seluruh rakyat Malaysia seluruh negara.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.