Categories
NASIONAL

Kongres PKR dimulakan dengan Alfatihah, bertafakur peringati mangsa tragedi MH17

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung hari ini dimulakan dengan bacaan Alfatihah untuk dihadiahkan kepada anak kapal dan penumpang penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, pada 17 Julai lalu. 

Selain bacaan Al-Fatihah, kongres turut dihentikan selama hampir dua minit pada kira-kira jam 10.45 pagi bagi bertafakur untuk memperingati jenazah warganegara Malaysia yang dibawa pulang hari ini.

Kongres sayap PKR, AMK dan wanitanya yang dilangsungkan hari ini diadakan serentak dengan ketibaan jenazah anak kapal dan penumpang warganegara Malaysian Airlines di negara ini.

tafakurTinjauan Selangor Kini juga mendapati kebanyakan perwakilan yang menghadiri kongres AMK itu turut mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda berkabung.

Sementara itu, pesawat khas Boeing 747 yang membawa kumpulan pertama jenazah 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden pesawat MH17 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 10.00 pagi tadi.

Ketibaan jenazah itu disambut dengan suasana sedih dan hiba ahli keluarga, rakan dan seluruh rakyat Malaysia seluruh negara.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL

20 jenazah rakyat Malaysia tragedi MH17 tiba esok

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 OGOS: 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat MH17 akan dibawa pulang esok dari Amsterdam, Belanda membabitkan sembilan anak kapal dan 11 penumpang.

Memetik Astro Awani, istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

mh066Turut terbabit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seluruh negara yang akan mengadakan bacaan tahlil dan solat hajat bermula seawal jam 8 pagi esok.

Jenazah akan dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 10 pagi.

Sehubungan itu, kerajaan mengisytiharkan esok sebagai hari berkabung negara bagi seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai penuh 20 jenazah yang dibawa pulang esok:

1. Mastura Mustafa (P) – Anak Kapal – Islam

2. Ahmad Hakimi Hanapi (L) – Kru Teknikal – Islam

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) – Anak Kapal – Islam

4. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) – Anak Kapal – Islam

5. Dora Shahila Kassim (P) – Anak Kapal – Islam

6. Foo Ming Lee (L) – Penumpang – Buddha

7. Karamjit Sigh Karnail Singh (L) – Penumpang – Sikh

8. Ng Qing Zheng (L) – Penumpang – Buddha

9. Mabel Anthony Samy (P) – Penumpang – Kristian

10. Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) – Penumpang – Kristian

11. Elisabeth Ng Lyeti (P) – Penumpang – Buddha

12. Lee Hui Pin (P) – Anak Kapal – Buddha

13. Angeline Premila Rajandaran (P) – Anak Kapal – Kristian

14. Ariza Ghazalee (P) – Penumpang – Islam

15. Muhammad Afif Tambi (L) – Penumpang – Islam

16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) – Penumpang – Islam

17. Chong Yee Pheng (P) – Anak Kapal – Kristian

18. Azrina Yakob (P) – Anak Kapal – Islam

19. Mohd Ali Md Salim (L) – Penumpang – Islam

20. Hasni Hardi Parlan (L) – Penumpang – Islam

-NFN-

Categories
NASIONAL

MH17: Tony Abbott jumpa Mark Rutte esok

SHAH ALAM, 10 OGOS: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott akan ke Belanda untuk bertemu rakan sejawatannya, Mark Rutte ketika usaha mengenal pasti identiti mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sedang giat dijalankan.

Memetik Harakah Daily, Kerajaan Belanda sudah mengeluarkan kenyataan ringkas mengumumkan Abbott akan melawat The Hague untuk bertemu Rutte dan menandatangani buku takziah, pada 11 Ogos ini (esok).

“Sejak beberapa minggu lalu, Belanda dan Australia bekerjasama rapat bagi penghantaran pulang dan mengenal pasti semua mangsa secepat mungkin,” lapor Australian Associated Press (AAP) yang memetik kenyataan itu.

mhPada 8 Ogos lalu, AAP melaporkan pakar forensik yang bertugas di Hilversum, Netherlands sudah mengenal pasti 21 lagi mangsa MH17, selepas hanya dua mayat dikenal pasti sebelum ini membabitkan warga Belanda.

Bilangan 21 lagi mayat itu terdiri 16 warga Belanda termasuk dua yang turut memiliki kewarganegaraan Britain, dua warga Malaysia, seorang warga Jerman, Kanada dan Britain.

Misi mencari cebisan mayat di tapak nahas di timur Ukraine ditangguhkan ekoran pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia.

Penerbangan MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lalu yang dipercayai ditembak jatuh.

Categories
NASIONAL

Tragedi MH17: Pembekal senjata patut dikenakan tindakan tegas

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Pembekal senjata yang menembak jatuh pesawat MAS MH17 Khamis lalu patut dihadapkan ke muka pengadilan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, beliau memandang serius perkara berkenaan selain menyokong usaha membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANE“Pendirian DAP amat jelas bahawa kita sokong usul ini kerana dalam masa genting saya rasa kita harus bersatu sebagai satu negara untuk menunjukkan kepada dunia kita mengecam sekeras-kerasnya tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh.

“Kita nak tunjuk kepada pembunuh mereka juga perlu dibawa ke muka pengadilan.

Pembekal senjata api juga perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada media di Lobi Parlimen.

Jelas Setiausaha Agung DAP itu, parti berkenaan turut menyokong usaha kerajaan membawa pulang mayat secepat mungkin selain kejayaan mendapatkan semula kotak hitam pesawat.

Dalam sesi perbahasan usul mengecam serangan terhadap pesawat MH17 di Dewan Rakyat, Seramai 10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan 12 Ahli Parlimen Barisan Nasional dipilih untuk berbahas.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Ucapan penuh Lim Guan Eng boleh klik di sini.

EZY