Categories
SELANGOR

Majoriti rakyat kecam tindakan sabotaj air, susahkan pengguna Lembah Klang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 OGOS: Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan perbuatan sabotaj pengeluaran bekalan air di Lembah Klang dikecam rakyat.

Tinjauan di laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna melahirkan rasa tidak puas hati dan menyelar tindakan itu yang dikatakan menyusahkan rakyat untuk mendapatkan bekalan air.

p5 (1)Bagi Sim Wifi, insiden seperti itu dilakukan hanya kerana ingin menjatuhkan kewibawaan sesebuah parti politik yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, walaupun berbeza pendapat politik, namun semua pihak harus mempunyai rasa tanggungjawab demi kepentingan rakyat bukannya merosakkan kesejahteraan dan mengambil kesempatan.

“Sebagai pemimpin, kita harus bermuaafakat walaupun latar belakang politik yang berlainan kerana tujuan menjadi pemimpin demi kepentingan rakyat.

“Ia kerana daripada rakyat wujudnya pemimpin, tetapi sudah menjadi sifat manusia yang tamak haloba, sifat dengki yang keterlaluan, maka terjadilah kejadian seperti ini yang mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat untuk berkuasa,” katanya.

p 2Sementara itu, Idaham Rasna, berkata perkara seperti itu turut berlaku di negeri lain dan ada pihak tertentu mahu menambah lagi kekerohan isu air di Selangor untuk kepentingan politik.

“Seelok-eloknyanya semua pihak bersama ke hadapan memberi pendapat positif demi rakyat dan negara,” katanya.

Bagi Archidea Cronixx pula, tindakan sabotaj itu hanya untuk memulakan kemarahan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

p 3“Modus operandi pihak yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan PR Selangor,” kata Raja Mohd Shahrim.

Sebelum ini, dua insiden sabotaj dilakukan pihak tidak bertanggungjawab terhadap petugas yang mengendalikan pam di kawasan HORAS, Bestari Jaya.

Baru-baru ini pula, enam ‘power pack’ pam di Kolam Hang Tuah dipotong bagi tujuan mengganggu pengaliran bekalan air di negeri itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.