Categories
AGENDA NASIONAL

Sungai Selangor tercemar: Aktivis gesa siasat unsur sabotaj

SHAH ALAM, 13 NOV: Dakwaan unsur sabotaj dalam insiden pencemaran air di Selangor pada Selasa lalu perlu disiasat, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata perkara itu merupakan kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan jika ia benar berlaku, lapor Berita Harian.

“Ia bukan memberi kesan yang sedikit tetapi menjejaskan rakyat secara besar-besaran, justeru hukuman setimpal harus dijatuhkan terhadap pelaku,” katanya.

Lam Thye berkata pihak berkuasa perlu menyiasat secara mendalam hingga ke akar umbi bagi mencari pelaku insiden.

“Harapan tinggi diletakkan agar pelaku kes pencemaran air di Selangor dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Selasa lalu, Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dihenti tugas akibat pencemaran bau di Sungai Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengesyaki adanya unsur sabotaj selepas siasatan awal mendapati terdapat bahan buangan di loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) dan kawasan industri Taman Velox Rawang.

Categories
AGENDA NASIONAL

Buangan cemar air dikesan, MB syak unsur sabotaj

SHAH ALAM, 10 NOV: Pencemaran di Sungai Selangor yang mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dihenti tugas disyaki ada unsur sabotaj.

Dato’ Menteri Besar berkata siasatan awal mendapati terdapat bahan buangan yang mencemar Sungai Selangor dikesan di loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) dan kawasan industri Taman Velox Rawang.

“Disyaki terdapat unsur pencerobohan dan sabotaj. Laporan polis sedang dibuat. Kejadian ini berlaku sehari selepas pindaan enakmen LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) diluluskan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Twitter malam ini.

Sebelum ini, IWK ada dikaitkan sebagai punca pencemaran sumber air tetapi mereka berulang kali menafikan dakwaan tersebut.

Pencemaran bau menyebabkan gangguan air tidak berjadual kepada lebih 1.1 juta pemegang akaun membabitkan 1,279 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Petang tadi, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) mengesyaki wujud unsur sabotaj dan bercadang membuat aduan polis.

Semalam, sidang DNS meluluskan pindaan yang dibentang Amirudin pada Jumaat lalu selepas mendapat sokongan wakil rakyat.

Pindaan itu antara lain menaikkan jumlah denda minimum daripada RM100,000 kepada RM200,000 dan maksimum RM1 juta selain penjara mandotari.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pencemaran air: Wakil rakyat gesa siasatan unsur sabotaj, khianat

SHAH ALAM, 19 OKT: Unsur sabotaj dan khianat perlu disiasat berhubung pencemaran sumber air yang kerap berlaku di Selangor, kata Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik.

Mohd Najwan Halimi berkata langkah itu perlu memandangkan masalah berkenaan kerap berlaku sehingga menyusahkan orang ramai.

“Kekerapan berlakunya insiden henti tugas tidak berjadual mutakhir ini perlu disiasat dan tindakan tegas wajib diambil Kerajaan Negeri,” katanya di Twitter hari ini.

Dalam ciapan hantaran yang sama, beliau berkata insiden itu berlaku ketika rakyat melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Bekalan air baru pulih selepas insiden paip pecah, tiba-tiba pagi ini sumber air dicemar sekali lagi.”

Awal pagi tadi, pencemaran dikesan di Sungai Selangor hingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Sungai Selangor Fasa 2, Sungai Selangor Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.

Susulan itu, lebih 1.1 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan sekitar wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air.

Categories
NASIONAL

Mustahil PR sabotaj, fakta mana BN ambil?

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Pakatan Rakyat (PR) membidas kenyataan pemimpin Barisan Nasional (BN) kemungkinan berlaku unsur sabotaj didalangi pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, dakwaan laluan lalu lintas akan dihalang pada hari pengundian adalah akibat parti pemerintah khususnya Umno yang kini semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat.

“Mana mungkin kita sabotaj sedangkan PR nak beri ruang terbaik kepada pengundi untuk keluar mengundi.

bendera 11“Tidak akan berlaku dalam keadaan sekarang kita nak sabotaj. Fakta dan data mana yang dia ambil? Maklumat dari mana?,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau mengumpamakan dakwaan itu seperti pepatah Melayu ‘kalau rumput dianggap semak maka semak itu menjadi tuan kepada yang menyemakkan’.

“Maknanya rumput itu milik siapa? Milik dia dan yang bercakap itu dia, yang nak buat itu pun dia.

“Kebiasaannya orang yang nakal dan tidak senonoh, maka dia akan buat kerja sebegitu dan anggap orang lain jaga sama,” katanya.

abdullah saniAbdullah Sani berkata, sokongan masyarakat kini semakin tinggi kepada PR serta calonnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan culaan dijalankan termasuk beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat Umno.

“Walaupun pada detik akhir akan berlaku pelbagai usaha untuk menambat pengundi dijalankan pihak lawan tetapi saya yakin ia adalah taktik suram dan bukan tiket kemenangan.

“Ini kerana dasar dibuat BN hari ini menjurus kepada ketidakpercayaan rakyat,” katanya.

Laporan media semalam menyatakan BN bersedia menghadapi sebarang unsur sabotaj dipercayai dilakukan pembangkang pada hari mengundi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Majoriti rakyat kecam tindakan sabotaj air, susahkan pengguna Lembah Klang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 OGOS: Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan perbuatan sabotaj pengeluaran bekalan air di Lembah Klang dikecam rakyat.

Tinjauan di laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna melahirkan rasa tidak puas hati dan menyelar tindakan itu yang dikatakan menyusahkan rakyat untuk mendapatkan bekalan air.

p5 (1)Bagi Sim Wifi, insiden seperti itu dilakukan hanya kerana ingin menjatuhkan kewibawaan sesebuah parti politik yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, walaupun berbeza pendapat politik, namun semua pihak harus mempunyai rasa tanggungjawab demi kepentingan rakyat bukannya merosakkan kesejahteraan dan mengambil kesempatan.

“Sebagai pemimpin, kita harus bermuaafakat walaupun latar belakang politik yang berlainan kerana tujuan menjadi pemimpin demi kepentingan rakyat.

“Ia kerana daripada rakyat wujudnya pemimpin, tetapi sudah menjadi sifat manusia yang tamak haloba, sifat dengki yang keterlaluan, maka terjadilah kejadian seperti ini yang mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat untuk berkuasa,” katanya.

p 2Sementara itu, Idaham Rasna, berkata perkara seperti itu turut berlaku di negeri lain dan ada pihak tertentu mahu menambah lagi kekerohan isu air di Selangor untuk kepentingan politik.

“Seelok-eloknyanya semua pihak bersama ke hadapan memberi pendapat positif demi rakyat dan negara,” katanya.

Bagi Archidea Cronixx pula, tindakan sabotaj itu hanya untuk memulakan kemarahan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

p 3“Modus operandi pihak yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan PR Selangor,” kata Raja Mohd Shahrim.

Sebelum ini, dua insiden sabotaj dilakukan pihak tidak bertanggungjawab terhadap petugas yang mengendalikan pam di kawasan HORAS, Bestari Jaya.

Baru-baru ini pula, enam ‘power pack’ pam di Kolam Hang Tuah dipotong bagi tujuan mengganggu pengaliran bekalan air di negeri itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sabotaj air: Polis patut tingkat pengawasan, salur maklumat dalang kepada pihak berkuasa

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 2 OGOS: Kerajaan Negeri akan meminta bantuan daripada polis dan RELA untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Sabotaj aiDalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Bagaimanapun, Dr Yunus berkata pemotongan itu tidak menggugat pengaliran air kepada penduduk ekoran pendawaian yang dipotong itu adalah dari Sungai ke Kolam.

“Tiada barang bernilai selain sistem pendawaian dan tidak memberi kesan kepada pengepaman ekoran paip yang dipotong adalah dari sungai ke kolam.

“Jadi ia tidak mengganggu. Bagaimanapun kita melihat perkara ini secara serius kerana operasi ini sangat penting kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di kolam terbabit.

p5 (1)Dr Yunus berkata dalam pengurusan negeri menuju ke kelas pertama, namun disebabkan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pengurusan negeri terjejas.

“Pengeluaran air ini sangat penting terutama musim kering bagi sesebuah empangan.

“Namun terdapat segelintir pemikiran kelas ketiga menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berharap semua pihak dan masyarakat yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu Kerajaan Negeri.

“Saya akan arahkan pihak Lembaga Urus Air Selangor untuk membuat laporan polis seterusnya memperbaiki kerosakan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membawa masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa air bagi mencari penyelesaian.

“Kita akan menambah anggota keselamatan supaya mengawal di semua pam-pam ini.

“Malah, kebajikan petugas juga akan diambil kira bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sebelum ini, sekitar jam 3 pagi, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata supaya meninggalkan kawasan itu.

EZY

Categories
SELANGOR

Khalid Samad: Menteri kunjungi Shah Alam jumpa ‘kaki’, bincang strategi sabotaj Selangor?

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 JAN: Beberapa menteri daripada Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu pihak tertentu yang dipercayai sebagai menggerakkan kerja sabotaj kerajaan Selangor.

Pertemuan itu berlangsung sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumk sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata selain percaya kerja sabotaj itu bakal membabitkan polis cawangan khas], selain beberapa pihak yang menjawat jawatan penting dalam hariki kakitangan awam negeri dan anak syarikat milik kerajaan negeri.

“Saya di Shah Alam pada hari Anwar diumum sebagai calon dan tahu pada petang itu beberapa menteri dengan pengiringnya datang ke sini untuk bertemu dengan pihak tertentu yang tidak payah disebutkan nama mereka.

khalid samad“Saya duduk Shah Alam dan tahu itu berlaku. Maknanya, rancangan untuk menewaskan Anwar sedang disusun dengan teliti oleh pihak lawan, BN. Saya menyeru PR hadapinya dengan menggunakan Kajang sebagai satu reforendum membuktikan penolakan rakyat kepada Umno,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Khalid menjangkakan usaha sabotaj terbabit akan membabitkan tindakan yang mengaitkan projek kerajaan negeri, isu tanah dan lain-lain yang mampu menjejaskan kelicinan pentadbiran, sekali gus menimbulkan perasaan kurang percaya pengundi di Selangor.

Sementara itu mengulas isu sama, Khalid percaya dengan penyertaan Anwar sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nanti akan memperkuatkan lagi kerajaan PR Selangor dalam berhadapan usaha sabotaj daripada dalam.

“Kini Anwar tiada ‘locus standing’ untuk bertemu Pegawai Daerah atau mana-mana penjawat penting dalam Selangor tetapi kalau menang dia boleh berjumpa Pegawai Daerah atau sesiapa sahaja bagi menyekat usaha sabotaj BN,” katanya.

-NFN-