Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Kerajaan Negeri anjur sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57

Kerajaan Negeri akan menganjurkan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara ke-57  di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada Sabtu ini, 30 Ogos 2014 bermula jam 8 malam.

Acara ini akan diadakan secara sederhana dan kita juga mengambil peluang ini untuk menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri yang sepatutnya diadakan pada 1 Syawal tetapi terpaksa dibatalkan susulan tragedi MH17.

Pelbagai acara telah diatur bagi meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-57  seperti kawad perbarisan yang disertai agensi-agensi kerajaan, anak-anak syarikat dan pihak berkuasa tempatan, badan beruniform, pelajar-pelajar sekolah dan badan bukan kerajaan.

Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ini turut dipanjangkan ke hari berikut dengan menganjurkan Hari Belia  peringkat negeri Selangor di lokasi yang sama.

Pelbagai acara dianjurkan untuk memeriahkan sambutan Hari Belia seperti sambutan ulang tahun Kereta Mini ke-55,  Pameran Motor, Sukan Lasak dan acara-acara menarik lain.

Saya mewakili Kerajaan Negeri menjemput orang ramai untuk datang bagi memeriahkan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan, Rumah Terbuka Aidilfitri dan Hari Belia peringkat negeri.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.