Categories
SELANGOR

MPKj lupus 2,268 VCD & CD haram, operasi berterusan banteras dilaksanakan

KAJANG 15 OGOS: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melupuskan sebanyak 2,268 keping cakera padat video (VCD) dan cakera padat (CD) bernilai hampir RM20,000 yang dirampas dalam beberapa serbuan sebelum ini dilupuskan.

Timbalan Yang Dipertua MPKj, Zul-Kefli@Zulkefli Khalid berkata, MPKj mengenal pasti beberapa lokasi panas menjadi lubuk jualan VCD tanpa lesen dan beroperasi secara haram antaranya termasuk Kajang Prima, Balakong, Sungai Chua dan Sungai Long.

mpkjPihak majlis katanya, turut menerima banyak aduan daripada orang ramai yang rimas dengan kewujudan penjaja menjual VCD di kaki lima, pasar malam dan kawasan terbuka.

Zul-Kefli berkata, Jabatan Penguatkuasaan MPKj akan menjalankan operasi berterusan supaya aktiviti perniagaan VCD tanpa lesen dapat dibanteras.

“Kepingan VCD dilupus adalah hasil rampasan antara Januari hingga Mac,angkanya menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan rampasan barang yang dijalankan terhadap peniaga melakukan kesalahan itu diambil di bawah Undang-undang Kecil MPKj 2007 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Leave a Reply

Your email address will not be published.