Categories
SELANGOR

Nilai hartanah yang dijual kepada Tropicana harga terbaik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 OGOS: Nilai tanah yang dijual kepada Tropicana adalah harga terbaik, sekali gus menyangkal dakwaan dijual di bawah harga pasaran.

Eksekutif Komunikasi Menteri Besar, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata Kerajaan Negeri berjaya mendapatkan nilai potensi besar hasil penjualan tanah terbabit dengan nilai RM1.15 juta seekar melalui tawaran terbaru yang dibuat.

“Perbadanan Menteri Besar (MBI) melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selaku Pengurus Projek Pembangunan menawarkan penjualan tunai berdasarkan Nilai Bersih Terkini (Net Present Value) tanah itu berjumlah RM844,298,433 iaitu RM1.15 juta seekar.

canalcity“Prinsip Pakatan Rakyat (PR) dalam urusan tadbir aset seperti hartanah Kerajaan Negeri adalah memberi nilai tertinggi kepada aset terbabit dengan cara tidak menjual tanah kosong tetapi menjual tanah dan pelan pembangunan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, keadaan itu berbeza daripada perancangan asal pembangunan Canal City pada tahun 2003 bawah Barisan Nasional, PNSB hanya akan memperoleh keuntungan sekitar RM22.2 juta sahaja dengan kos keseluruhan RM1.345 billion, manakala keuntungan keseluruhan projek RM74 juta bagi tempoh 20 tahun.

Sebelum ini, Lembaga Pengarah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada 2011 bersetuju terhadap cadangan pengeluaran ‘Request For Proposal’ (RFP) untuk membangunkan 1,172 ekar tanah iaitu sebahagian daripada tanah projek Canal City yang dibatalkan, pada 2010.

PNSB juga mengeluarkan iklan notis tender bagi tujuan terbabit dan satu Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada golongan profesioanal pelbagai bidang khusus dalam pembangunan hartanah ditubuhkan untuk meneliti tawaran pembida.

shaznihqdefaultShazni berkata, 13 syarikat membeli dokumen tender dan enam syarikat menghantar bidaan yang bernilai antara RM173 juta hingga RM1.297 billion.

“Antara syarikat terbabit adalah Dijaya Corporation Bhd. (Tropicana), Pot Of Jewels Sdn Bhd, Glomac Bhd, Mah Sing Properties Sdn Bhd, Teo A Khing Design Consultants Sdn Bhd dan SP Setia Bhd (Eco World).

“Bagaimanapun, melalui penilaian Jawatankuasa Penilaian, dua syarikat berjaya disenarai pendek iaitu Dijaya Corporation Berhad (Tropicana) dan SP Setia Berhad (Eco World),” katanya.

Beliau berkata, selepas mesyuarat khas Lembaga Pengarah PNSB pada 26 Februari 2013 memutuskan untuk menerima syor Pengurusan PNSB supaya memilih syarikat Dijaya Corporation Berhad (Tropicana) sebagai pembida yang berjaya dan paling berpotensi.

“Ia dipilih berdasarkan tawaran pulangan minima RM1.297 bilion dalam tempoh 20 tahun. Pelan pembayaran berperingkat pembangunan ini antaranya kos tanah dibayar dalam tempoh 12 tahun iaitu RM 587 juta, faedah terkumpul bagi tempoh 12 tahun iaitu RM 252 juta, jumlah harga tanah (kos tanah + faedah terkumpul) iaitu RM839 juta dan perkongsian pembangunan pada kadar lima peratus setahun ke atas GDV RM8.64 billion iaitu RM432,215,922 juta.

“Pelan Pembangunan yang dicadangkan Tropicana termasuk pembangunan prasarana dan infrastruktur ke atas tanah seluas 424 ekar daripada 1,172 dan selebihnya 748 ekar untuk projek pembangunan perumahan dan komersial.

“Infrastruktur dan prasarana awam ini apabila siap dibina akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Oleh itu, kita bukan sahaja mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk pembangunan prasarana untuk kemudahan rakyat,” katanya.

MBIKatanya, keputusan dibuat dengan asas pertimbangan harga semasa, pulangan yang diterima dan nilai pembangunan kasar (GDV).

Pada 19 Mac lalu, Tropicana melaporkan menjual 308.72 ekar tanah yang menjadi sebahagian dari tanah pembangunan seluas 1,172 ekar kepada Eco World Development Group Berhad pada harga RM470.67.

Maka, terdapat dakwaan bahawa Perjanjian Jual Beli Tanah dan Pembangunan yang ditandatangani MBI dan Tropicana pada April 2013 yang adalah cuai dan Kerajaan Negeri menjual tanah itu di bawah harga pasaran.

Tropicana turut memukul gendang kononnya mereka mendapat keuntungan atas angin RM170 juta hasil daripada penjualan itu, namun umum gagal melihat kos pembinaan infrastruktur adalah RM10 kps dan pastinya penjualan 308.72 ekar tanah pada RM470.67 juta mengambil kira faktor itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.